PENGENALAN
Lenggong Archaeology Mountain Bike Trail
2015 merupakan program pertama yang bakal menjadi acara tahunan di masa akan
datang. Bersempena Lenggong sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO maka
acara sebegini merupakan satu agenda mempromosi dan memperkenalkan Lenggong
kepada semua golongan masyarakat.
Maka penganjuran Lenggong Archaeology
Mountain Bike Trail 2015 menawarkan pelbagai hadiah menarik dan jumlah yang
banyak untuk memberi potensi maksimum kepada peserta memenangi hadiah atau
saguhati. Keistimewaan Lenggong Archaeology Mountain Bike Trail 2015 turut
menggabungkan konsep Jamboree dan juga fun ride dengan menawarkan pelbagai
hadiah mengikut kategori konsep tersebut (rujuk tajuk Hadiah).
Tentatif Program
19.12.2015 (Sabtu)
Tentatif Program
19.12.2015 (Sabtu)
7.00 pg - Pendaftaran, edaran sticker Check-point 1, persediaan di tempat pelepasan
7.30 pg - Ucapan Aluan; En. Mohd Syahrin B. Abdullah, Pengarah Jabatan
Warisan Negara Zon Tengah.
- Ucapan perasmian dan pelepasan; YB Dato' Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ahli
Parlimen Lenggong.
- Taklimat teknikal pertandingan
7.40 pg - Pelepasan peserta/rider
12.00 tgh - ketibaan peserta/rider
- Makan tengahari
12.30 tgh - Majlis Penutup
- Ucapan Penutup; YB Dato' Nolee Ashilin Bt. Dato' Radzi, Pengerusi J/K
Kebudayaan, Kesenian, Komunikasi & Multi media Negeri Perak
- Penyampaian hadiah (Pemenang terawal, Cabutan bertuah dan Kuiz)
- Bersurai